No Turning Back

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar dah 6 bulan blog nih terus dipenuhi dengan sarang labah-labah dan anai-anai. Secara jujurnya, sejak 6 bulan kebelakangan, banyak cerita-cerita yang mewarnai hidup saya. Ada suka, ada duka. Sama ada tentang bisnes mahupun peribadi. Saya mengaku, lately saya terasa sangat penat untuk berblogging. Nafsu batin berblog makin hari makin pudar. Mungkin juga kerana terlampau fokus pada Adsense dan komitmen pada Fiverz Network membuatkan saya sedar tak sedar telah melepaskan blog ni. Tapi ni hanya mungkin. Saya sendiri tak pasti. Mungkin juga kerana sikap negatif saya yang suka bertangguh kerja. Apa yang pasti, ini hanyalah mungkin. Pokoknya, diri sendiri juga. =p
Popularity: 2% [?]







