No Turning Back

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar dah 6 bulan blog nih terus dipenuhi dengan sarang labah-labah dan anai-anai. Secara jujurnya, sejak 6 bulan kebelakangan, banyak cerita-cerita yang mewarnai hidup saya. Ada suka, ada duka. Sama ada tentang bisnes mahupun peribadi. Saya mengaku, lately saya terasa sangat penat untuk berblogging. Nafsu batin berblog makin hari makin pudar. Mungkin juga kerana terlampau fokus pada Adsense dan komitmen pada Fiverz Network membuatkan saya sedar tak sedar telah melepaskan blog ni. Tapi ni hanya mungkin. Saya sendiri tak pasti. Mungkin juga kerana sikap negatif saya yang suka bertangguh kerja. Apa yang pasti, ini hanyalah mungkin. Pokoknya, diri sendiri juga. =p
Popularity: 2% [?]
Oh Bulan Jun!
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 6. Bulan 6 ni sebenarnya umpama kayu pengukur untuk kita rujuk atau semak balik azam tahun 2009 ni. So, apa yang dah tercapai? Apa yang masih belum dicapai? Kena pastikan yang semuanya on track. Kalau tak, hujung tahun nanti tahu-tahu sajalah, sedar-sedar banyak benda atau azam yang masih belum dicapai.
Untuk aku, setakat ni masih lagi on track. Tapi ada beberapa perkara yang tersasar sikit. Malas adalah musuh utama aku sekarang. Ingatkan cuti semester 2 bulan ni aku boleh tekan minyak habis-habisan.
Popularity: 100% [?]
Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lately banyak benda yg terjadi dalam hidup aku sehari-hari. Dari kes yang menyebabkan blog HafizNasser.Com langsung tak berupdate (sehinggalah entri ini di tulis), moto aku rosak balik dan banyak projek Fiverz yang tergendala menyebabkan aku serba sikit rasa down dan tak semangat nak update entri2 terkini.
Tapi dalam diam2 aku. Projek A kami tetap berjalan seperti yg di rancang. Buat masa ni semuanya berjalan dengan lancar. Setakat ni masalah yang timbul – mcm mana nak tarik trafik ke blog dan landing page kami. Nanti aku akan update cerita terkini tentang Projek A di Fiverz.Com. Aku hrp, smgt aku arini dapat di teruskan utk ari2 mendatang. Amin.
P/s Korang kalau down bwt pe?
Popularity: 94% [?]
Exam Week!
Sejak dua menjak nih sibuk sungguh rasa. Banyak benda perlu di setelkan. Nih semua gara-gara final exam dah semakin hampir. Projek A aku tergendala. Tak dapat lagi nak di lancarkan. Aku kena struggle lagi untuk pulihkan pointer aku.
Maklumlah, sem nih terbanyak pulak amik subjek math. Aku dahla lemah math. InsyaAllah, kalau takde arah melintang, 7hb Mei last paper aku dan bolehla aku start semua benda yang tertangguh nih. Apa-apa pun, aku kena up to date. Kena kekalkan momentum yang ada, kalau tak nanti lemau. Hehe.
Cukup sampai sini jela catatan pendek aku untuk arini. Nanti sambung cerita.
p/s ada member nak join Fiverz.Com
Popularity: 95% [?]
Projek A – Clickbank : Journal Seorang Newbie
Secara ringkasnya, untuk Projek A aku – Clickbank : Journal Seorang Newbie aku perlukan beberapa point penting. Sebelum tu, aku nak share apa yang aku nak capai dengan Projek A ni. Kira misi dan visi la ni.
Misi : Dalam masa 10bulan dari sekarang aku nak dapatkan $5000 bersih dari Clickbank ni. Sikit? Sesuai kot untuk aku yang newbie ni. Agak-agak nak cecah $5000 dah, naikkan lagi target. Hehe. Biar SMART – Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Timely.
Visi : Dapatkan organic trafik dan seterusnya menjadikan pendapatan Clickbank sebagai pendapatan pasif yang utama.
Sebelum semuanya tercapai, aku perlukan produk yang betul-betul bagus, aku juga perlukan keyword yang targetted. Kalau tak, susah nak dapat organics trafik. Landing page pun perlu jugak. Domain, dan yang terakhir of course artikel. Sebab aku utamakan artikel marketing. Ulang balik apa yang aku perlukan :
Popularity: 90% [?]







