
Facebook merupakan sebuah laman web social yang dibangunkan oleh Mark Zuckerberg, seorang jutawan internet berusia 24 tahun. Menurut Fastcompany.com Facebook berada di tempat ke 3 di belakang Google dan Apple sebagai sebuah syarikat yang paling innovative di dunia. Ketika ini pengguna Facebook mencecah kira-kira 400 juta pengguna aktif. Tidak mustahil Facebook menjadi satu medium untuk menjana wang.
Terdapat beberapa kaedah untuk menjana wang melalui Facebook. Di sini saya kongsikan 4 peluang berbeza untuk mula menjana wang melalui Facebook :
1. Menjual produk di Facebook’s Marketplace
Facebook’s Merketplace merupakan tempat yang sangat sesuai untuk menjalankan perniagaan. Daripada ebook sehingga produk fizikal seperti kasut, laptop, alatan elektronik dan pelbagai lagi. Ia juga merupakan alternative terbaik untuk eBay.
2. Develop Application
Jika anda mahir dalam programming, bangunkan application seperti game atau apa saja jenis application yang memudahkan dan menggembirakan sesiapa yang menggunakannya. Tapi, jika anda tak tau tentang programming, tak bermakna anda terlepas peluang ni. Terdapat ramai programmer di luar sana yang anda boleh hire. Selepas develop, banyak cara untuk buat duit melaluinya. Contohnya. Anda buat satu game, dan di dalam game tuh peserta perlu untuk membayar sekian-sekian $ untuk mendapat senjata yang terbaik.
3. Jadi Pengiklan Arbitrage
Gunakan Facebook Ads untuk mendapatkan trafik ke laman CPA, CPC atau CPM anda. Tahukah anda, kebanyakkan advertiser membeli kupon Facebook Ads ni dengan harga yang murah dan menggunakan kelebihan ni untuk promosi laman mereka. Kaedah ni ternyata berkesan untuk meningkatkan trafik dan possiblity untuk dapat income.
4. Menjadi Party Planner
Facebook antara tempat yang sesuai untuk bersosial dan mencari rakan untuk berparti atau event. Mungkin anda boleh menjadi orang yang menguruskan perjalanan sesuatu parti/event tuh. Menjemput tertamu, update yang berterusan, buat photo album dan anda juga boleh menyediakan forum untuk mereka bertukar-tukar pendapat. Mungkin untuk permulaan, anda boleh kenakan bayaran yang berpatutan.
Banyak lagi sebenarnya cara untuk buat duit dari Facebook. Sama ada kita perasan atau tidak je. Nak promote produk affiliate pun boleh. Pastikan anda promote dengan cara yang betul. Bukan main spam aje. Selain itu, terdapat juga beberapa application yang boleh membantu anda buat duit dengan facebook. Kaedah dah tau, yang penting, make it happen!.










Twitter Updates
Salam Motivasi/Berkenalan..
Thanks bro kerana memberikan beberapa tip yang berguna dalam mencari income dalam laman sosial seperti Facebook.
salam pekenalan. sama-sama. banyak lagi sebenarnya kaedah untuk cari income dari laman sosial. nnt ada kesempatan saya share lagi. kalau tak pun nanti mungkin bro boleh share pulak tip motivasi untuk kita semua. =)