
Pemasaran affiliate merupakan salah satu kaedah popular untuk menjana wang di internet. Anda mendapat komisyen melalui penjualan produk affiliate anda. Ianya umpama anda menjadi ejen jualan. Cukup bulan dan cukup syarat, komisyen akan dibayar.
Untuk mendaftar menjadi affiliate biasannya tiada masalah. Tetapi masalah akan timbul bila sentuh part promosi untuk mendapatkan jualan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menjalankan promosi sampai boleh buat anda tak tahu nak pilih yang mana satu. Ingat, fokus adalah kunci utama kejayaan! Jadi, apa kata kalau anda pilih mana yang sesuai dengan jiwa anda dan fokus pada kaedah tersebut.
Di bawah ni saya senaraikan 5 kaedah untuk mempromosikan produk affiliate anda :
1. Email marketing
Merupakan kaedah yang terbaik. Syaratnya, anda perlu ada autoresponder. Seelok-eloknya berbayar seperti Aweber – autoresponder terbaik di dalam kelasnya. Setelah anda dapat kumpul emel pengunjung blog atau squeeze page anda, anda sudah boleh mulakan marketin. Sentiasa berhubung dengan subscriber anda dan pastikan anda promote produk yang berkaitan dengan niche opt-in emel-emel tadi. Tak mustahil, hanya dengan satu klik, RM10,000 macam tuh je.
2. Blogging
Bina blog yang mengandungi info yang berkaitan dengan niche yang anda nak promosikan. Secara tak langsung, anda dapat menarik pengunjung yang tertarik dengan kandungan blog anda. Berikan free gift seperti report-report percuma, ebook percuma dan software percuma. Selitkan ayat-ayat closing yang powerful untuk produk affiliate anda. Artikel berbentuk review juga amat sesuai untuk kaedah ini.
3. Artikel marketing
Ini juga merupakan salah satu cara kaedah percuma dalam menjalankan promosi. Anda perlu submit artikel anda ke directory-directory yang mempunyai PR yang tinggi sepert Ezinearticles, GoArticles dan Article Dashboard. Anda perlu menumpang popularity directory tersebut untuk mendapat tempat di search engine. Jangan lupa untuk bermain keyword.
4. Yahoo Answer
Dengan kategori di Yahoo Answer anda boleh menggunakannya sebagai medium untuk mempromosi produk anda mengikut niche anda. Apa yang anda perlu lakukan, research soalan yang aktif dan belum di selesaikan. Jawab soalan dan letakkan link anda di bahagian source. Jawab sebaiknya melebihi 5 patah perkataan dan jangan pula letak banyak link yang sama. Ini Nampak anda seperti mahu SPAM link anda. Aktif dalam setiap perbincangan dan berikan jawapan yang membina. Bantu menjawab soalan mereka dan akan pasti mendapat reward!
5. Blog comment
Ini antara teknik yang termudah. Search blog yang berkaitan dengan niche anda dan komen blog entri tersebut. Pastikan komen anda ‘make sense’ dan tidak lari topik. Jangan lupa letakkan affiliate link anda di bahagian URI. Jangan letak link anda di dalam post, sebab nampak seolah-olah anda melakukan SPAM. Sekali sekala tuh boleh la. Tapi jangan selalu. Ulang langkah ini dengan blog-blog yang lain pula.
Banyak lagi sebenarnya teknik dalam mempromosikan program affiliate. Untuk tidak memeningkan or overload information, pilih satu dan fokus pada teknik tersebut. Kalau boleh, buat jadual untuk pastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang.










Twitter Updates
Written by Hafiz Nasser
Topics: Tips Duit Online