If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Kenapa seminar? Perlu ker pergi seminar? Perlu atau tidak, ia bergantung pada anda. Pada saya seminar merupakan satu medium mudah, padat dan tepat. Melalui seminar para peserta dapat mempelajari kaedah yang disampaikan secara langsung. Ilmu yang diperturunkan terus ke telinga dan minda berbanding ebook di mana anda perlu memahami dan berimaginasi dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Kadang-kadang berlaku juga salah paham. Ditambah pula dengan ayat berputar belit, apa yang ingin disampaikan tidak ke mana.
Selain itu, saya pernah terbaca di mana kebanyakkan IM tidak akan berkongsi rahsia sebenar kejayaan mereka melalui ebook, blog, emel dan sebagainya. Di seminarlah peluang untuk anda mencungkil segala rahsia yang disorokkan selama ni. Ianya berlaku secara spontan. Jika anda tidak percaya, cuba dengar semula rakaman temubual IM. Pasti ada sesuatu yang baru yang mana sebelum ni anda tidak tahu. Berbeza dengan mengarang ebook, di mana kandungannya boleh di ubah suai sebelum di publish, tetapi di dalam seminar atau temubual, ianya spontan (kecuali point-point yang penting).
Seminar juga dapat mempertemukan para IM dengan IM yang lain. IM dapat berkenalan antara satu sama lain. Gunakanlah kesempatan ni sebaik mungkin untuk bertukar-tukar idea dan nombor telefon/emel!. Mana tau satu hari nanti mereka boleh menjadi rakan JV anda.
Sejak kebelakangan ni saya perhatikan ramai IM-IM tempatan sibuk mengadakan seminar perniagaan internet. Saya perasan 2 bulan mendatang ni saja ada kira-kira 4 seminar (tak pasti) yang akan di anjurkan oleh mereka yang dah berjaya seperti Ammar Zahar dan Zamri Nanyan. Berlainan tajuk, berlainan speaker, berlainan tempat dan pastinya berlainan support.
Saya sendiri, 19hb ni akan join seminar Ammar Zahar – Perniagaan Internet 2010. Ini merupakan seminar pertama saya dalam industri IM ni. Belum pernah join seminar berkaitan perniagaan internet. Sebelum ni beli ebook je. Harapnya, melalui seminar ni saya dapat duit sedikit motivasi dan ‘jalan’ untuk tahun 2010 akan datang. So, kalau anda belum daftar, apa kata join saya sama-sama. Dan kalau dah daftar, jumpa anda di sana!










Twitter Updates
Gud Luck 4 ur seminar
Salam,
Semoga berjaya! Saya tk pernah join apa2 seminar lagi. Bila agaknya tiba giliran saya. InsyaAllah..kalo ada peluang saya pun nak join juga.
Salam Hafiz,
Hmm.. betul tu, kalau pergi seminar ni ada banyak kelebihannya. Antaranya kita dapat kenal dengan lebih dekat IM yang selalu menjadi idola. Dapat cungkil rahsia-rahsia yang tak pernah mereka dedahkan selama ini. Kalau beruntung boleh jadi JV. Yang penting kita dapat motivasi dan pendorong untuk terus bergerak kehadapan. Selalunya lepas balik seminar mesti saya dapat buat sesuatu dengan lebih bersemangat lagi!
Apolagi moh la kito poei seminar!
Terima kasih!
Salam, xpe.. lps ni blh join seminar2 yg lain2 plk. thn 2010 nih saya pasti byk seminar2 yg lg powerful. nnt join mana2 seminar, jgn lpa ajk
Noraizham btol tuh bro. blk dari seminar mmg smgt abesla. rasa nak tekan mnyk kaw2. tp 1 benda kena igt jgk, be smart. applykan blk pe yg di ajar. jom2, kita serang seminar yg lain plk