Bulan Dua 2009

Written by Hafiz Nasser

Topics: Motivasi

Dah lama rasanya tak update blog ni. Aduh la.. tak sangka, terbengkalai jugak. Bak kata orang, hangat-hangat tahi ayam. Tak boleh jadi, nak tak nak aku kena berubah. Berubah untuk masa depan yang cerah.

Sepanjang tempoh beberapa bulan blog nih terbengkalai, banyak kisah pahit manis tawar masin terjadi. Mak operation jari, aku tersadai kat rumah hampir sebulan sebab masalah pernafasan, business offline aku? pon tersadai sama. Sayangnya… Dengan preparation kahwin kaklong dah makin hampir, renovation rumah, p990i aku rosak. Wahh.. kalau nak di senaraikan semua, sampai esk pon tak habis.

Pejam celik pejam celik dah bulan Februari. Ramai di antara orang-orang kita bila dengar Februari, sibuk tentang Valentine’s Day. Oh, hope tak ada dikalangan kita umat Islam yang menyambutnya. Pada aku, bulan Februari adalah bulan untuk kita rujuk balik azam tahun baru kita yang lalu. Biarpun masih awal, tapi sedar tak sedar cuma tinggal 11 bulan sahaja lagi untuk 2009 melabuhkan tirainya. Lambat lagi?

So, apa target anda untuk bulan Februari nih? Adakah anda semakin ke hadapan? ataupun makin berundur secara tak sedar? Apa jadi dengan azam tahun baru anda yang lalu? Masih dalam track? Kalau dah agak-agak goyah tuh, better kita sama-sama bangkit dan bergerak kembali ke landasan. Banyak lagi rintangan, cabaran dan dugaan yang bakal kita hadapi di masa depan. Tak kiralah dalam kehidupan, perniagaan, perhubungan atau sebaliknya.

Ayuh! Bergerak! Kita dah tak ada masa lagi!!

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!